Penunggang Motosikal Maut Terbabas Sendiri

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Gambar SNT / Ihsan IPD Lahad Datu

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan lalu terbabas sendiri dalam kejadian di Kampung Taburi Lahad datu-Tungku, dekat sini semalam.

Mangsa Abdul Hamid Mohd, 55, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Gambar SNT / Ihsan IPD Lahad Datu

Ketua Polis Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata mangsa menunggang motosikal jenis Suzuki sedang dalam perjalanan ke simpang Kampung Taburi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor. Gambar Fail SNT

“Sebaik tiba di lokasi, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan apabila melalui satu selekoh tajam dan mengakibatkan motosikal mangsa melanggar tiang elektrik.

“Mangsa terbabas ke bahu jalan dan masuk ke dalam parit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *