Bot Penumpang Karam Di Sandakan: 34 Selamat, Satu Dilaporkan Hilang

Laluan jeti dihadkan untuk anggota penyelamat.

SANDAKAN: Seramai 34 penumpang selamat manakala seorang lagi dilaporkan hilang selepas bot penumpang dinaiki mereka karam apabila terlanggar tali kapal tunda yang menunda sebuah bot dalam kejadian di perairan bandar Sandakan, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, seramai 21 selamat manakala 13 lagi mangsa dibawa ke Hospital Duchess Of Kent (HDOK) untuk rawatan.

Pengarah JBPM Negeri Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Seramai 35 berada di atas bot penumpang dan daripada jumlah itu 21 selamat manakala 13 dibawa ke HDOK untuk rawatan lanjut.

“Seorang lagi penumpang dilaporkan hilang dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan pasukan penyelamat,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, operasi mencari turut dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Polis Merin (PPM), Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Selain itu, seramai 15 bot nelayan tempatan turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Kini mangsa yang dilaporkan hilang belum ditemui,” katanya. SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *