9 Selamat, Seorang Hilang

Gamar tular menunjukkan insiden berkenaan.

SANDAKAN: 9 individu selamat, beberapa lagi individu lagi dilaporkan hilang membabitkan insiden perlanggaran bot penumpang dan kapal berhampiran perairan bandar Sandakan, pagi tadi.

Difahamkan, insiden berlaku ketika bot penumpang berkenaan dalam perjalanan ke pulau berhampiran di daerah itu, jam 6.20 pagi.

Bot penumpang itu membawa pelajar sekolah, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan orang awam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, jumlah bot penumpang belum diketahui dan usaha menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat.

“Setakat ini, mangsa selamat sembilan orang, manakala seorang disyaki hilang.

“Jumlah bilangan penumpang bot belum dapat disahkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *