Lelaki Maut Digilis Kereta Api Di Beaufort

Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

BEAUFORT: Seorang pemuda maut digilis kereta api di antara simpang masuk SMK Beaufort 1 dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, dipercayai kira-kira jam 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abd Razak mengesahkan kejadian terbabit serta mendedahkan bahawa mangsa adalah lelaki berumur 28 tahun.

Keadaan mangsa dipercayai maut selepas digilis keretapi.

“Ketika ini, pegawai penyiasat menjalankan siasatan di hospital dan kita masih menunggu hasil laporan awal siasatan kejadian,” katanya ketika dihubungi .

Menurut sumber, difahamkan salah satu kaki mangsa terheret kira-kira 15 kaki dari anggota tubuh badannya serta terpelanting ke sebelah tepi rel keretapi di lokasi kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *