Rakaman mengerikan di Wuhan memperlihatkan langit diliputi dengan kabus tebal telah mengundang kebimbangan.
Video-video yang tersebar menunjukkan bandar Wuhan diselubungi dengan ‘jerebu’ misteri menjadi ura-ura para penduduk setempat.
Keadaan ini menyebabkan kebimbangan asap tersebut adalah hasil asap ‘crematorium’ yang membakar mayat mangsa wabak koronavirus.
Ia datang sehari selepas Suruhanjaya Kesihatan Nasional di China melarang sebarang upacara pengebumian ke atas semua mangsa yang meninggal dunia bagi mencegah penyebaran penyakit tersebut.
Rakyat China menyuarakan kebimbangan mereka di media sosial kerana membayangkan angka kematian yang sebenarnya lebih tinggi daripada laporan.
Seperti bandar lain di China, Wuhan mempunyai kadar pencemaran tinggi dan setakat ini tidak ada bukti kukuh untuk mengesahkan asap tersebut adalah sesuatu yang berkaitan dengan badan yang dibakar.
Walau bagaimanapun, ia tidak menghentikan orang ramai yang membuat spekulasi mengenai kehadiran asap yang berkepul di udara wilayah itu.
Sumber: Daily Star