(VIDEO) Pendidikan Sabah Siasat Pelajar Bergaduh

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JKNS) sedang menyiasat kes video viral yang memperlihatkan dua kumpulan pelajar sedang bergaduh.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Dr Misterine Radin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai video pergaduhan pelajar yang ditularkan dalam laman media sosial Facebook itu.

Video berdurasi 49 saat itu menunjukkan pergaduhan membabitkan dua kumpulan pelajar dan ada antara mereka memukul menggunakan kayu.

Video tular itu mengundang kemarahan netizen dan memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kes yang disifatkan sebagai kes buli.

7046