Pesawat Tergelincir, Badan Pesawat Pecah & Tiga Disahkan Maut

Istanbul: Tiga maut, 179 lagi cedera selepas pesawat Pegasus Airlines tergelincir dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di sini.

Kejadian menyebabkan pesawat itu pecah kepada tiga bahagian.

Menteri Kesihatan Fahrettin Koca berkata, pesawat dari wilayah barat Turki, Izmir itu membawa 171 penumpang dan enam kru.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di hospital. Mangsa cedera dikejarkan untuk rawatan di hospital,” katanya.

Imej dari stesen televisyen tempatan menunjukkan bahagian berhampiran ekor pesawat mengalami kerosakan.

Beberapa keping gambar serta klip video kejadian turut tersebar di media sosial yang menunjukkan kerosakan teruk dialami pesawat berkenaan.

Jurucakap lapangan terbang dalam satu kenyataan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan api berjaya dipadamkan oleh anggota bomba. Bagaimanapun, sekurang-kuranganya 21 orang penumpang cedera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *