Seramai lebih 150 orang berkumpul di IPD Karamunsing pagi ini untuk membuat laporan polis terhadap kenyataan berunsur perkauman dalam video yang diviralkan oleh Datu Dr.Akjan Datu Ali Muhammad berkenaan isu perkauman di Sabah.
Laporan dibuat oleh kumpulan Orang Asal Sabah (OAS) pagi ini Di Balai Polis Karamunsing yang mana turut disertai oleh Presiden Star Sabah,Datuk Dr Jeffery Kitingan (MP Keningau), Datuk Wilfred Bumburing Presiden APS, Datuk Lawrence Gimbang Pengerusi Himpunan Solidariti Rakyat Tambunan serta pemimpin masyarakat serta ahli-ahli dari beberapa pertubuhan NGO Sabah.
Jurucakap kumpulan solidariti itu berkata,tujuan laporan polis ini di buat atas dasar berniat baik agar kenyataan perkauman dihentikan segera demi memelihara toleransi Sabahan yang pelbagai kaum, berbagai anutan agama, kepercayaan, sistem politik demokratik, kebebasan bersuara berperinsip dan anti perkauman.
Kumpulan itu mula kelihatan berhimpun di perkarangan balai polis berkenaan seawal jam 9 pagi tadi dan mula bersurai sejurus selepas laporan selesai di buat.