PATI Warga Filipina Antara Ditahan Edar Dadah Di Lahad Datu

Antara Suspek yang ditahan

LAHAD DATU: Seramai tiga lelaki termasuk dua warga tempatan ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes pengedaran dadah dalam dua serbuan berasingan, di Kampung Puyut, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, dalam Ops Ice Breaker yang dijalankan, pihaknya turut merampas dadah jenis syabu seberat 71.38 gram dianggarkan bernilai RM10,707.

“Tangkapan pertama membabitkan dua lekaki tempatan masing-masing berumur 33 dan 48 tahun di Kampung Puyut, pada jam 5.30 petang kelmarin.

“Anggota polis bertugas melakukan sebuah kereta jenis Proton Saga yang diparkirkan di tepi jalan kampung berkenaan dalam keadaan mencurigakan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdapat dua lelaki (suspek) berada di dalam kenderaan terbabit, namun polis tidak menemui sebarang kesalahan menerusi pemeriksaan badan yang dilakukan  ke atas mereka.

Nasri berkata, pemeriksaan lanjut menemui 11 paket lutsinar berisi hablur putih dipercayai syabu seberat 6.50 gram disimpan dalam beg kecil berwarna hitam di bahagian dalam kenderaan tersebut.

“Tangkapan kedua pula membabitkan seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Filipina berumur 22 tahun, di kampung yang sama, pada jam 10.50 malam tadi.

“Suspek ditemui anggota polis bertugas dalam keadaan mencurigakan di kawasan kampung berkenaan membawa beg silang berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan,” katanya.

Tambahnya, sebaik menyedari kehadiran polis, suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri, namun gagal.

“Hasil pemeriksaan dijalankan, polis menemui dua paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur dipercayai syabu seberat 64.88 gram dan 20 gulung kertas timah di dalam beg silang yang dibawanya,” katanya.

Ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek ketiga itu juga menunjukkan positif kandungan dadah jenis yang sama.

Nasri berkata, sehubungan itu, dua suspek tempatan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala suspek ketiga disiasat mengikut Seksyen 39B akta yang sama.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *