Kantoi Main Bini Orang, Suami Cekup Kekasih Isterinya Sorok Bawah Katil & Dibelasah Sampai Mati

Gambar Hiasan

Soroklah macam mana pun kecurangan itu pasti akan terbongkar juga suatu masa nanti.

Apatah lagi jika kecurangan itu dilakukan oleh mereka yang sudah berkahwin. Sudah tentu cepat terbongkar kerana pasangan dapat menghidu bau-bau kecurangan itu. 

Seorang lelaki berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai ‘GA’ mati dibelasah penduduk selepas kantoi menjalinkan hubungan dengan isteri orang. 

Dalam kejadian yang berlaku di Kecamatan Kupang Timur, Indonesia, GA dipukul selepas didapati bersembunyi di bawah rumah kekasihnya. 

“Lelaki itu pada awalnya disangka pencuri ketika ditemui di bawah katil, lalu dibelasah penduduk sehingga mati,” kata polis. 

Menurut polis, GA menyelinap masuk ke rumah pasangan itu ketika bekalan elektrik terputus. Sebaik saja bekalan elektrik kembali pulih, AB dan isterinya, MD masuk semula ke dalam bilik untuk tidur.

Baru saja hendak melelapkan mata, tiba-tiba botol yang dijadikan sebagai tempat untuk meletak lingkaran ubat nyamuk, terjatuh berguling ke bawah katil. 

AB segera turun dari tempat tidur untuk mengambil botol itu dan ketika itulah AB terkejut apabila mendapati ada seorang lelaki berada di bawah katil dan secara spontan dia berteriak ada pencuri di dalam rumah. 

GA yang ketakutan terus berlari keluar dari bilik dan sempat melanggar MD yang berdiri di depan pintu bilik. 

GA kemudian lari ke jalan raya. AB terus mengejar GA menggunakan motosikal dan berjaya menangkap lelaki itu lalu dibawa semula ke rumahnya. 

Ketika disoal siasat AB dan penduduk, ternyata GA merupakan kekasih kepada MD.

Dakwaan itu terbukti benar dengan rakaman perbualan di antara GA dan MD di mana GA menghubungi MD untuk bertemu di rumah. Tetapi MD melarangnya berbuat demikian kerana di rumah ada mertua dan suaminya akan pulang pada bila-bila masa. 

Tetapi GA tidak mengendahkan larangan itu dan dia nekad juga pergi ke rumah kekasihnya dan akhirnya disembunyikan di bawah katil. 

Selesai disoal siasat, GA dibelasah teruk oleh penduduk sehingga kritikal. GA sempat dibawa polis ke hospital tetapi nyawanya tidak sempat diselamatkan. 

Keluarga GA tidak dapat menerima kenyataan itu, terus membuat laporan polis. Sehingga kini, polis telah menyoal siasat 10 suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu. 

Sumber: Kompas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *