Mayat Lelaki Di Tengah Wuhan

Kakitangan perubatan memeriksa mayat lelaki itu. Gambar AFP

Wuhan: Seorang lelaki yang memakai penutup mulut dan hidung ditemui mati di kawasan pejalan kaki di bandar raya ini.

Ketika ditemui, lelaki itu masih memegang beg plastik.

Tiada orang yang berani untuk mendekati mayat itu sehingga pasukan kecemasan tiba di tempat kejadian.

Wartawan AFP melaporkan kakitangan perubatan kemudian tiba dengan ambulans.

Mereka yang memakai sut keselamatan lengkap kemudian mengusung mayat ke dalam ambulans.

Bagaimanapun, sebab kematian mangsa dipercayai berusia 60-an itu masih belum diketahui.

Wuhan menjadi lokasi tercetusnya wabak koronavirus di China.

Sehingga pagi ini, sebanyak 213 kematian direkodkan di negara itu. – AFP

2434