China Kuarantin 31 Penumpang Malindo Air Dari Sabah

31 penumpang Malindo Air dari Sabah dikuarantin di Dongli, China

PETALING JAYA: Semua penumpang yang menaiki pesawat Malindo Air dari Sabah ke Tianjin, China, dikuarantin sejak Ahad lalu, lapor media China, hari ini.

Semua 31 penumpang, termasuk 16 warga Malaysia dan Bolivia, diasingkan di dalam hotel di Dongli, Tianjin, selepas 3 penumpang dilaporkan mengalami demam.

Kes pertama yang disahkan jangkitan koronavirus ialah penumpang berusia 71 tahun, yang melakukan perjalanan dari Wuhan ke Malaysia dari 19 hingga 25 Jan. Pihak berkuasa kemudian mengesahkan kes ke-2, penduduk tempatan dari Wuhan yang juga berkunjung ke Malaysia dalam tempoh yang sama.

Dongli terletak kira-kira 1,000km dari Wuhan, ibu kota Hubei, yang merupakan pusat wabak koronavirus novel.

China Daily melaporkan seluruh hotel di Dongli ditutup dan 13 doktor dihantar ke sana, kata pegawai kesihatan daerah, lapor China Daily. Ia berkata mereka yang dikuarantin diberi bekalan air, makanan, pembersihan dan keperluan harian.

Sabtu lalu, 6 anak kapal Malindo Air dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou dikuarantin selepas seorang penumpang dari wilayah Hubei disyaki terkena jangkitan koronavirus. – FMT

2062