Mesej Tular Jangkitan Koronavirus Di Sabah Palsu

KOTA KINABALU, 28 Jan: Mesej kononnya terdapat kanak-kanak lelaki warga China disyaki dijangkiti 2019 novel koronavirus dan dimasukkan di sebuah hospital di sini yang tular di media sosial adalah palsu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp mengesahkan perkara itu palsu.

“Berita palsu,” katanya dalam mesej ringkas di sini hari ini.

Mesej yang tular  itu mendakwa seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dari Shanghai, China dijangkiti  koronavirus.

BERNAMA

1959