Kanak-Kanak Palestin Diculik, Dibunuh

Mayat Qais Abu Ramila ditemui dalam sebuah tangki selepas dilaporkan hilang oleh keluarganya di Baitulmaqdis. – Foto Agensi

BAITULMAQDIS – Mayat seorang kanak-kanak Palestin ditemui di dasar sebuah tangki di bandar tersebut dan dipercayai menjadi mangsa bunuh pelampau Yahudi.

The Jerusalem Post melaporkan penemuan mayat Qais Abu Ramila, 8, dari kawasan kejiranan Beit Hanina dibuat kelmarin sehari selepas dilaporkan hilang keluarganya.

“Kanak-kanak tersebut kali terakhir dilihat menaiki sebuah kereta,” lapor akhbar itu memetik kenyataan polis Israel.

Ibu bapa mangsa percaya dia diculik pelampau Yahudi dan turut meminta pihak berkuasa memeriksa rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesahkan perkara tersebut.

Kematian kanak-kanak Palestin di tangan pelampau Yahudi sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan penduduk Palestin.

Pada Julai 2014, remaja Palestin, Mohammed Abu Khdeir dilaporkan diculik dan mayatnya yang dibakar tiga pelampau Yahudi ditemui di kawasan hutan di Baitulmaqdis. – Agensi

876