China Laporkan 769 Kes Baharu Coronavirus, Keseluruhan 2,744 Kes

Jumlah keseluruhan jangkitan coronavirus yang disahkan di China meningkat kepada 2,744. – Foto AFP

WUHAN: Kerajaan China hari ini berkata, jumlah keseluruhan jangkitan coronavirus yang disahkan di seluruh negara meningkat kepada 2,744, dengan 769 kes baharu dikesan.

Bagaimanapun, katanya tiada kematian baharu disahkan di luar wilayah Hubei, yang sebelum ini melaporkan 24 kematian baharu, yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian di seluruh negara akibat wabak itu kepada 80 orang. – AFP

370