Fenomena ‘Hutan Kristal’ Di Gunung Kinabalu

Suhu menurun sehingga -2 darjah celcius menyebabkan tumbuhan di kawasan Panalaban diseliputi ketulan ais

RANAU: Pendaki Gunung Kinabalu ketika ini berpeluang menyaksikan fenomena digelar ‘hutan kristal’ apabila suhu menurun sehingga -2 darjah celcius menyebabkan tumbuhan di kawasan Panalaban diseliputi ketulan ais.

Pengurus Taman Kinabalu, Yassin Miki, berkata kejadian air atau embun pada tumbuhan kecil bertukar menjadi ketulan ais itu dilaporkan mula berlaku sejak jam 5 pagi, kelmarin.

Kejadian air atau embun pada tumbuhan kecil bertukar menjadi ketulan ais itu dilaporkan mula berlaku sejak jam 5 pagi, kelmarin.

“Perkara ini sebenarnya biasa berlaku apabila cuaca terlalu sejuk ketika musim kemarau, menyebabkan tumbuhan kecil berhampiran sungai atau takungan air diseliputi ais.

“Kejadian itu berlaku beberapa kali setiap tahun dan tidak kekal dalam tempoh panjang. Sebaik matahari terbit, ais akan cair dan tumbuhan akan kembali kepada bentuk asal,” katanya dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di sepanjang lereng kaki gunung itu bermula di kilometer 6.5 sehingga kilometer 8.

“Kejadian ini sama seperti takungan air bertukar menjadi ketulan ais yang ditemui di puncak Gunung Kinabalu sebelum ini namun kali ini tempoh suhu rendah lebih lama.

“Ia berlaku setiap tahun dan peluang itu digunakan pendaki untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan ‘hutan ais’,” katanya.

5773