(VIDEO) Litar Pintas Cemaskan Hospital Semporna

SEMPORNA: Lebih 100 kakitangan dan pesakit Hospital Semporna terkejut apabila terdengar bunyi letupan disusuli percikan api akibat litar pintas dan kebakaran pada suis elektrik utama elektrik berkenaan malam

Insiden pukul 8.25 malam itu menyebabkan Hospital Semporna bergelap selepas terputus bekalan elektrik buat sementara waktu.

Menerusi beberapa kiriman rakaman video, api kelihatan marak pada suis utama tersebut, selain kedengaran bunyi letupan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 8.27 malam.

“Seramai 10 pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.

“Keadaan terkawal dan operasi tamat sepenuhnya tidak lama selepas itu,” katanya.

Sementara itu, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) turut membantu pihak bomba dalam menangani kejadian litar pintas tersebut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berhubung kejadian tersebut manakala JBPM masih menyiasat jumlah kerugian yang alami pihak terbabit.

https://www.facebook.com/salleh.abdulsalleh.1/videos/pcb.1226460224211015/1226459964211041/?type=3&__tn__=HH-R&eid=ARBcDsIn6Y5UEEDw6gBXSjvs3iDRUQ2T9QnGDjQ1Gz36aV-Q42ai73AFXtTsUyUwO7kABZGkBiJ-GPFI
https://www.facebook.com/salleh.abdulsalleh.1/videos/pcb.1226460224211015/1226459967544374/?type=3&__tn__=HH-R&eid=ARAgQqGGp8L-Gvrkkn5IY_Vc4dDLfQ2W-cVqgs95DuiKXi6SY-kDOVjwq_qkgYOjJ2WzFyoSuBAfzMfI
https://www.facebook.com/salleh.abdulsalleh.1/videos/pcb.1226460224211015/1226459937544377/?type=3&__tn__=HH-R&eid=ARAXffexGKK1GxbUVlV52TrVUAOx0ruWJmU_9E0oQ-aJ_dLWP1YmPIZQoc5h1nyvZ7EhSK74ViE6WYze

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *