KIMANIS: Keseluruhan peratusan keluar mengundi pada jam 4 petang, sejam sebelum pusat mengundi ditutup telah menyaksikan 76.14 peratus pengundi keluar melaksana tanggungjawab sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis hari ini.
PRK Parlimen Kimanis mempunyai 29,618 pengundi yang berdaftar yang layak mengundi pada hari ini.
Dalam pilihan raya ini, sebanyak 19 pusat mengundi dengan 68 saluran mengundi dibuka sejak 7.30 pagi sehingga 5 petang ini.
Pengiraan undi akan dilakukan di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, malam ini.