Seorang Imam di Uganda terkejut selepas mendapati isteri yang baru dinikahinya adalah seorang lelaki.
Pasangan itu menandatangi kontrak perkahwinan dalam upacara nikah tradisional dua minggu lalu.
Pasangan itu dikatakan tidak melakukan hubungan intim kerana pengantin perempuan memaklumkan yang dia sedang datang bulan.
Identiti sebenar isteri imam itu terbongkar selepas dia ditangkap kerana menuri set televisyen dan pakaian jirannya.
Perkara tersebut menyebabkan jiran imam itu membuat laporan polis mengenai kes kecurian itu.
Seorang pegawai polis perempuan melakukan pemeriksaan badan terhadap suspek dan mendapati dia sebenarnya seorang lelaki.
Selepas siasatan lanjut, suspek mengaku bahawa dia telah menipu imam tersebut demi wang.
Menurut imam tersebut, dia telah bertemu suspek di Masjid Kyampisi untuk mencari seorang wanita untuk dijadikan isteri.
“Saya mencari seorang wanita untuk berkahwin dan, ketika saya bertemu dengan seorang gadis cantik yang memakai tudung, saya bertanya kepadanya untuk cinta dan dia diterima.
“Dia memberitahu saya kita tidak boleh melakukan hubungan intim sehingga saya memberikan wang pengantin perempuan kepada ibu bapanya dan juga menunaikan janji nikah dengannya,” katanya.
Suspek akan didakwa atas tuduhan penyamaran dan kecurian.
Sumber: India Today