Seorang lelaki berusia 21 tahun di Thailand akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke hospital selepas hampir seminggu kemaluannya tersangkut dalam batang paip besi.
Difahamkan, kemaluannya tersangkut selama lima hari selepas dia menggunakan batang paip besi itu untuk menggembirakan dirinya.
Apabila kegembiraannya itu bertukar menjadi tragedi, dia berasa malu untuk meminta bantuan dari sesiapa.
Menceritakan semula bagaimana insiden itu boleh berlaku, mangsa membalut kemaluannya menggunakan stokin sebelum memasukkan alat kelaminnya ke dalam lubang batang paip berukuran lima sentimeter panjang itu.
Selepas kegembiraannya memuncak, kemaluannya bengkak teruk dan darah tidak dapat mengalir dengan sempurna lalu tersangkut.
Dalam tempoh lima hari itu mangsa cuba mencari jalan untuk membebaskan kemaluannya itu termasuk menggunakan pelincir tetapi menemui kegagalan. Kemaluannya pula bertukar menjadi kehitaman dan lebam.
Pasukan perubatan mengambil masa selama tiga jam untuk cuba memotong batang besi itu dan sebanyak 25 mata pisau dibazirkan untuk menyelamatkan lelaki tidak guna berkenaan.
Sementara itu doktor berkata, mangsa berisiko kehilangan alat kemaluannya kerana kulit di bahagian itu sudah mereput teruk dan tisu-tisunya turut terjejas.
Sumber: Daily Star