Beberapa hari lalu, pihak penyiasat Iran mendakwa nahas pesawat milik Ukraine terhempas akibat masalah teknikal, kini pihak yang sama dikatakan membuat kenyataan berbeza mengenai kejadian itu.
Menurut ciapan daripada The Spectator Index, Iran dipercayai memberitahu bahawa mereka secara tidak sengaja tertembak pesawat penumpang yang baru berlepas beberapa minit dari Tehran.
Pesawat Boeing 737-800 yang berusia tiga tahun itu terhempas dan telah mengorbankan kesemua 176 penumpang.
Beberapa hari yang lalu, pihak Iran telah melancarkan serangan peluru berpandu dengan mensasarkannya ke Iraq di mana tentera Amerika Syarikat (AS) ditempatkan.
Sebelum ini, Iran mendakwa nahas pesawat itu adalah berpunca daripada masalah teknikal. Pihak mereka juga turut enggan menyerahkan kotak hitam pesawat tersebut kepada pihak pengeluar (Boeing) dan AS.
Pesawat penumpang itu dilaporkan telah terhempas berdekatan lapangan terbang Imam Khomeini sekaligus mengejutkan komuniti dunia.
Sumber: Bloomberg / The Spectator Index