Miliki Syabu, Dua Warga Asing Ditahan Di Kampung Puyut

Dua suspek yang ditahan.

LAHAD DATU: Dua lelaki warga Filipina ditahan dan 5.23 gram dadah dirampas dalam Op Sarang yang dilaksanakan di kawasan Kampung Puyut, Jalan Pantai, di sini, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor, kedua-dua suspek yang berumur 30 dan 38 tahun itu ditahan dalam sebuah kenderaan berwarna hitam yang dinaiki kira-kira jam 4.20 petang.

Barang bukti kes yang dirampas.

Katanya, sepasukan empat anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah membuat pemeriksaan tubuh suspek namun tidak menemukan barang salah.

“Pemeriksaan lanjut dilakukan di dalam kenderaan bahagian hadapan di bawah tempat duduk penumpang hadapan sebelah kiri pemandu.

“Anggota yang memeriksa menjumpai dua paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 5.23 gram bernilai RM784.50 serta 11 gulung kertas timah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Nasri berkata, suspek mula terlibat dengan penagihan syabu pada pertengahan tahun 2017.

Ujian saringan air kencing suspek didapati positif dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

6976