(VIDEO) Kebakaran Semakin Parah, Penganut Kristian Sertai Umat Islam Australia Berdoa Minta Hujan Turun

Adelaide – Berikutan krisis kebakaran yang semakin parah, sekumpulan penganut agama Islam berkumpul dan menunaikan solat sunat Istisqa’ (solat minta hujan) secara berjemaah di sini.

Lebih 50 lelaki, wanita dan kanak-kanak berkumpul di Bonython Park untuk menunaikan solat sunat berkenaan, mendoakan para petani serta mangsa yang terjejas.

Paderi Patrick McInerney dari pusat Hal Ehwal Kristian dan Muslim turut menyertai program berkenaan.

“Hari ini saya menyertai saudara Muslim saya di Adelaide mendoakan agar hujan turun,” katanya.

“Rakan saya, Professor Mohamad Abdalla memberikan khutbah menekankan (kepentingan) taubat dan kebergantungan kepada Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki dan Maha Mengasih.

Sumber: Daily MailThe Bangkok Post

8406