Tolak UMNO & PAS, Sabah Tidak Perlukan Budaya Ekstremis Agama

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau

MEMBAKUT: Rakyat Sabah di Kimanis diminta menolak sebarang usaha pihak luar untuk mengembangkan unsur ekstremism agama yang boleh mengakibatkan perpecahan perpaduan.

Demikian kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau merangkap Presiden Upko dalam ucapan beliau sempena sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2020 di sini pada Sabtu.

“Memang di Sabah kita sudah biasa, kita boleh mengucapkan Selamat Hari Raya, Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan, Merry Christmas kepada kawan-kawan kita.

“Tetapi di semenanjung ini sudah dipersoalkan dan bahawa hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh mengucapkan Merry Christmas. Kalau ada orang yang berkata begitu kita mestilah berhati-hati,” katanya.

Pada pendapat beliau, PSS atau Pas Sementara Sabah bukanlah sesuatu yang harus ditakuti kerana ianya hanya setakat pentadbiran.

“Rakyat tidak harus takut kepada PSS tapi apa yang kita harus berhati-hati adalah Pas,” katanya, sambil menambah bahawa “kita harus elakkan Sabah daripada mempunyai pelampau agama.”

“Seperti kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kita berlainan tapi kita orang Sabah, hati kita satu,” katanya disambut dengan tepukan para hadirin.

“Jangan termakan dengan kata-kata mereka (Umno/Pas) … yang kita mahu tolak di Sabah adalah parti yang kali-kali mau jadi tuan. Kita mahu tolak Umno dan Pas,” katanya.

Beliau membuat pesanan ini kerana terdapat laporan bahawa lebih kurang 1,000 penyokong Pas kini berada di sini untuk berkempen bagi Umno dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis

Sementara itu, seperti Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony, Madius juga turut merakamkan penghargaan kepada Shafie atas keperihatinan untuk menghadiahkan tambahan sehari cuti umum Krismas iaitu pada 24 Disember baru-baru.-SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *