Maszlee Dijangka Umum Letak Jawatan Petang Ini

Putrajaya, 2 Jan: Dr Maszlee Malik dijangka akan mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai menteri pendidikan petang ini menurut laporan Malay Mail.

Malay Mail memetik sumber yang mendakwa Maszlee telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir tengah hari tadi.“Beliau menyerahkan surat perletakan jawatannya hari ini dan PM menerimanya. Ketika ini, Maszlee sedang bermesyuarat dengan kakitangannya dan akan mengumumkan keputusan beliau pada sidang akhbar petang ini” kata sumber tersebut.

Sidang akhbar dijadualkan akan diadakan pada jam 4.30pm ini di Kementerian Pendidikan dekat Putrajaya.

Maszlee, mantan pensyarah dilantik sebagai menteri pendidikan pada 21 May selepas pengumuman Dr Mahathir melantik dirinya sebagai menteri pendidikan mendapat tentangan pelbagai pihak.

WhatsApp Image 2020-01-02 at 3.20.30 PM.jpeg

Maszlee juga merupakan ahli parlimen Simpang Renggam dan ahli majlis tertinggi Bersatu.

Beliau dikritik oleh pebagai pihak dalam pelbagai isu sejak menjawat jawatan menteri pendidikan di antaranya mengenai UEC, pengajaran Jawi di sekolah vernakular dan yang terkini mengenai soalan kontroversi di satu universiti yang menyentuh isu sensitif .

Sumber: Buletin TTKM

5484