Karim Bujang Calon Warisan PRK Kimanis

Datuk Karim Bujang

MEMBAKUT: Datuk Karim Bujang dipilih sebagai calon Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Pemilihan beliau diumumkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya Warisan PRK Kimanis petang ini.

“Tiada PRK Kimanis ini kalau bukan kerana beliau, maka saya umumkan calon kita ialah Datuk Karim Bujang.

“Marilah kita semua bersatu memberi sokongan untuk memastikan kemenangan pada 18 Januari depan,” katanya ketika berucap di program itu.

Dengan keputusan itu, Karim yang juga Ketua Warisan Bahagian Kimanis berpeluang menebus kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 apabila beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Anifah Aman.

Bagaimanapun kemenangan Anifah dibatalkan Mahkamah Khas Pilihan Raya kerana wujud manipulasi keputusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *