Gerhana Matahari Anulus Di Seluruh Asia

Gerhana matahani anulus dilihat di Singapura. FOTO: AFP

SINGAPURA: Pemerhati langit dari Arab Saudi dan Oman yang datang ke India dan Singapura berpeluang menyaksikan gerhana matahari yang jarang berlaku.

Gerhana matahari anulus (cincin) berlaku apabila bulan tidak cukup dekat dengan bumi untuk melindungi matahari sepenuhnya lalu membentuk cincin nipis dari cakera solar yang dapat dilihat.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mlihat fenomena ini.

Bergantung pada keadaan cuaca, fenomena astronomi tahun ini dapat dilihat dari Timur Tengah di selatan India dan Asia Tenggara sebelum berakhir di utara Pasifik.

Ratusan ahli astronomi, jurugambar membanjiri pelabuhan Singapura untuk menyaksikan apa yang digambarkan sebagai ‘sekali seumur hidup’.

Di selatan India, orang ramai berkumpul di beberapa pantai di Tamil Nadu untuk menonton fenomena berkenaan.- AFP

742