5 Lot Kedai Musnah Terbakar Di Sandakan

Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memadam kebakaran daripada terus merebak ke kawasan lain.

SANDAKAN: Lima lot bangunan kedai musnah dalam kebakaran berhampiran sebuah kilang papan Bandar Nam Tung, Tanah Merah di sini semalam.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 11.32 malam.

Lima lot kedai musnah 100 peratus dalam kebakaran.

“Seramai 14 anggota dan dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan kemudian bertindak ke lokasi kejadian menaiki tiga jentera penyelamat.

“Menurut ketua operasi kebakaran membabitkan lima lot bangunan kedai jenis tidak kekal terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan media hari ini. 

Jelasnya pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memadam kebakaran daripada terus merebak ke kawasan lain menggunakan sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran.

Bomba berkata tiada kecederaan dan kematian dilaporkan dan operasi terkawal pukul 12.12 tengah malam dan tamat sepenuhnya  7.18 pagi tadi. – SabahNewsToday

Lima lot kedai musnah 100 peratus dalam kebakaran.
Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memadam kebakaran daripada terus merebak ke kawasan lain.
744