Tidak Setaraf, Penjual Nasi Beriani Dipukul Depan Orang Ramai

Dunia ini dipenuhi dengan pelbagai perkara yang tidak terjangka.

Seorang penjual nasi beriani diserang oleh sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati kerana beliau berasal daripada kasta yang lebih rendah dalam kejadian yang berlaku di New Delhi, India

Dalam satu video yang telah tular, sekumpulan penyerang dilihat menempelak penjual tersebut dengan bertanya bagaimana dia berani untuk menjual di sini sedangkan dia berasal daripada kasta yang rendah.

Kejadian yang berlaku di Rabupura pada jumaat lalu ini menyaksikan penjual tersebut ditumbuk dan ditampar oleh sekumpulan lelakisambil disaksikan oleh orang yang lalu lalang namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka juga ketakutan.

Penjual itu juga dihina dan disuruh untuk melakukan permohonan maaf.

Menurut pegawai polis di Greater Noida, Ranvijay Singh, pihaknya telah melihat video tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Mangsa juga telah dikenalpasti dan dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan.

Pihak polis juga telah menahan kesemua tiga orang penyerang dan mendaftarkan kes itu di bawah undang-undang yang melindungi Jadual Kasta dan Suku.

Sumber: NDTV

1611