Remaja Hilang: Keluarga Rayu Aisyah Segera Pulang

LAHAD DATU: Kehilangan seorang remaja perempuan dari Bandar Lahad Datu mengundang kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga.

Remaja yang dikenali sebagai Siti Aisyah Abdu, 15, dilaporkan hilang setelah keluar dari rumah pada 12 Disember.

Abang mangsa, Maskur Abdu ketika dihubungi hari ini memaklumkan, Siti Aisyah tidak pernah keluar rumah tanpa memaklumkan arah tujuannya kepada ahli keluarga.

“Ini kali pertama Siti Aisyah keluar rumah tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga.

“Kehilangannya membuatkan kami sekeluarga risau.

“Kami sudah berusaha menjejaki kawan-kawannya namun, tiada seorang pun dari mereka tahu dimana keberadaan adik saya,” katanya.

Maskur berkata, beliau berharap jika sesiapa terjumpa adiknya dapat memaklumkan kepada mereka sekeluarga.

Katanya, adiknya yang tidak lagi bersekolah itu pernah bekerja di kedai pakaian terpakai di Lahad Datu sebelum berhenti kerja sebulan yang lalu.

Beliau berkata, mereka sekeluarga risau kerana telefon bimbit adiknya itu juga gagal dihubungi.

Tambahnya, laporan polis  juga telah dibuat di Balai Polis Daerah Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung kehilangan remaja itu tengahari tadi.

Katanya, polis akan berusaha membantu mencari remaja yang hilang terbabit.

Keluarga remaja hilang itu boleh dihubungi melalui nombor 0143515318 (Maskur) atau 0166750166 (Mohamad).

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *