Sabah Hantar Pulang 763 Tahanan Filipina

Sebahagian Pendatang asing Filipina dihantar pulang ke negara asal dengan menaiki kapal laut di Pelabuhan Sandakan malam tadi. – Gambar MKN Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 763 tahanan Filipina diusir pulang ke negara asal, malam tadi menerusi pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, selatan Filipina.

Semua yang diusir dari Pusat Tahanan Sementara Papar dan Sibuga membabitkan individu berusia antara sebulan hingga 80 tahun.

Sebahagian Pendatang asing Filipina dihantar pulang ke negara asal dengan menaiki kapal laut di Pelabuhan Sandakan malam tadi. – Gambar MKN Sabah

Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut dijangka mengusir 119 tahanan warga Indonesia pulang ke negara asal, esok.

Pengarah MKN Sabah Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, pengusiran itu menjadikan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dihantar pulang tahun ini cecah 12,237 orang.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan PATI diusir dari Sabah adalah 590,351 orang sejak 1990.

“Penghantaran pulang ini dibantu dengan komitmen tahap tertinggi oleh Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan dan pelbagai agensi lain,” katanya dalam kenyataan.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *