Bermula 2020, Netflix, Steam, Spotify & Banyak Lagi Perkhidmatan Digital Lain Akan Dikenakan Cukai 6%

Aplikasi Netflix kini semakin menjadi pilihan ramai berikutan kepelbagaian kandungan dan program yang disediakan untuk penggunanya amat memuaskan hati. 

Namun, bermula 1 Januari 2020, para pengguna Netflix mungkin perlu membuat bayaran tambahan bagi langganan bulanan kerana cukai akan dikenakan terhadap perkhidmatan digital itu. 

Baru-baru ini juga, Google Malaysia memaklumkan pihaknya akan mengenakan caj cukai perkhidmatan 6% bagi bagi perkhidmatan dan urus niaga digital di negara ini bermula awal tahun depan. 

Kutipan cukai itu dilaksankana bagi mematuhi undang-undang cukai di negara ini. Banyak syarikat asing yang lain juga dijangka akan berbuat demikian. 

Selain Netflix dan Google, antara perkhidmatan digital lain yang bakal dikenakan cukai adalah seperti Spotify, Steam, Amazon dan banyak lagi.

Pelaksanaan cukai itu adalah untuk menyeragamkan dan memberi peluang sama rata kepada penyedia perkhidmatan digital dalam dan luar negara di mana selama ini hanya penyedia perkhidmatan dalam negara dikenakan cukai, tetapi mereka yang di luar negara pula terlepas dari pembayaran cukai tersebut. 

Bagaimanapun, penyedia perkhidmatan digital asing ini mempunyai pilihan sama ada mahu melepaskan kos cukai itu kepada pelanggan dengan mengenakan kenaikan harga sebanyak 6% atau mengekalkan harga dan menyerap cukai itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *