Mangsa Banjir Di Beaufort, Membakut Meningkat Kepada 377 Orang

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara – Foto APM Beaufort

BEAUFORT, 11 Dis: Jumlah mangsa banjir dari beberapa kampung di Beaufort dan Membakut yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Selagon terus meningkat setakat 9 pagi ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah dalam kenyataan berkata 377 mangsa daripada 136 keluarga dipindahkan ke PPS berkenaan berbanding hanya 206 mangsa daripada 27 keluarga, semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara – Foto APM Beaufort

PPS di Dewan Selagon, Beaufort dibuka pada 2.50 pagi, Selasa berikutan hujan berterusan sejak Isnin mengakibatkan banjir sehingga 20 kampung di kedua-dua daerah itu terjejas.

Beberapa jalan menghubungkan kampung terbabit turut terjejas dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Setakat 7 pagi ini, paras air Sungai Membakut merekodkan bacaan 7.37 meter iaitu pada paras bahaya manakala paras air Sungai Padas mencatatkan bacaan terkini 8.28 meter (paras amaran).

Semua mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara(PPS) banjir di Selagon Beaufort
Semua mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara(PPS) banjir di Selagon Beaufort

BERNAMA

777