17 Kampung Di Membakut, Beaufort Terjejas Banjir

Antara kawasan terjejas banjir di Membakut dan Beaufort hari ini – Foto Facebook

KOTA KINABALU, 10 Dis: Sebanyak 17 kampung, masing-masing 13 di Membakut dan empat di Beaufort terjejas banjir berikutan hujan berterusan sejak petang semalam sehingga menyebabkan paras air sungai di kawasan itu meningkat melepasi paras bahaya.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah dalam kenyataan berkata kampung terjejas di Membakut ialah Kampung Lumantak, Kampung Baitam, Kampung Sinoko, Kampung Bambangan, Kampung Baitam Laut, Kampung Baitam Baru, Kampung Baitam Ulu, Kampung Jambatan Baru, Kampung Baru dan Kampung Kayai.

Antara kawasan terjejas banjir di Membakut dan Beaufort hari ini – Foto Facebook

Turut dinaiki air ialah Kampung Poring dan Kampung Pusak selain menjejaskan beberapa premis seperti Sekolah Kebangsaan Pekan Membakut dan Klinik Kesihatan Kampung Sinoko, manakala di Beaufort, kampung terjejas ialah Kampung Bakalau, Kampung Bakalau Simpang Empat, Kampung Binunuk dan Kampung Balibata.

“Satu pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan Selagon, Beaufort pada 2.50 pagi tadi bagi menempatkan sebanyak 22 mangsa daripada tujuh keluarga yang terjejas banjir,” menurut kenyataan itu.

Antara kawasan terjejas banjir di Membakut dan Beaufort hari ini – Foto Facebook

Beberapa jalan di kampung terbabit turut dinaiki air dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Setakat 9 pagi ini, paras air Sungai Padas mencatatkan bacaan terkini 8.86 meter melebihi paras bahaya 8.70 meter manakala paras air Sungai Membakut pula merekodkan bacaan terkini 7.45 meter, iaitu melebihi paras bahaya 6.80 meter.

Antara kawasan terjejas banjir di Membakut dan Beaufort hari ini – Foto Facebook
Antara kawasan terjejas banjir di Membakut dan Beaufort hari ini – Foto Facebook

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *