Takut Diceraikan, Ibu Rela Anak Perempuannya ‘Dipakai’ Suami Selama 4 Tahun

 Seorang Ibu Relakan Anak Gadisnya Jadi Pelepas Nafsu Bapa Tirinya Selama 4 Tahun.

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Indonesia menjadi tempat melampias nafsu oleh bapa tirinya selama empat tahun dan direlakan oleh ibu kandungnya sendiri kerana takut diceraikan lelaki itu.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Mawar, menjadi mangsa perbuatan terkutuk bapa tirinya itu dan segalanya dicatatkan dalam sebuah buku. 

Menurut kandungan buku itu, Mawar menceritakan bagaimana suspek berusia 33 tahun itu mendekati dia apabila ibunya, Tinuk, mula mengalami masalah gangguan jiwa.

Mawar sebelum ini amat berharap ibunya dapat melindungi dia sebaik saja keadaannya pulih.

Namun apabila Mawar mengadu kepada ibunya, Mawar hanya dipesan untuk menolak sekiranya suspek mengajak dia melakukan hubungan intim. 

Apabila Mawar menolak, suspek menjadi bengang dan tercetus pertengkaran yang membuatkan Tinuk kembali mengalami gangguan jiwa. 

“Sejak dari sekolah rendah sampai sekarang saya akur dengan perbuatannya,” tulis Mawar. 

Lebih memedihkan, Tinuk tahu hubungan terlarang itu dan tidak pernah sesekali bangkit untuk melindungi anaknya kerana bimbang suspek akan menceraikan dia.

Malah, Mawar menulis Tinuk merestui hubungan anaknya dengan suspek.

 “Padahal ibu satu-satunya harapan untuk membantu masa depan saya. Tetapi saya kecewa,” tulisnya. 

Yang lebih gila, 25 November 2019, suspek mengulangi lagi perbuatannya dan kali ini di depan Tinuk. Bahkah suspek meminta Tinuk menyertai hubungan intimnya itu. 

Kali terakhir mangsa dirogol oleh suspek pada pagi Rabu 27 November 2019, ketika Mawar mahu berangkat pergi ke sekolah dan tiba-tiba suspek memanggilnya ke tingkat atas rumah. 

“Di tingkat atas, saya disuruh melakukan perkara yang tidak diingini. Padahal saya dah nak berangkat pergi ke sekolah dan sudah siap memakai seragam sekolah,” tulisnya.

Perbuatan suspek terbongkar apabila guru menyedari Mawar selalu kelihatan murung lalu dipanggil untuk menghadiri sesi kaunseling.

Mawar mengaku di telah lama menjadi mangsa nafsu bapa tirinya. 

Pihak sekolah kemudian membuat laporan dan bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek atas tuduhan merogol anak tirinya. 

Suspek direman untuk beberapa hari untuk siasatan.

Sumber: Sosok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *