Tiga Rumah, Motosikal Musnah Terbakar

Keadaan tapak rumah penduduk selepas kebakaran.

PUTATAN: Tiga keluarga bukan hanya kehilangan tempat tinggal malah motosikal milik salah sebuah keluarga turut musnah dalam kebakarn di Jalan Indah Kampung Ketiau di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zainal @ John Radsung berkata tindakan awal dilaksanakan sepasukan anggota dari BBP Penampang dan dibantu anggota dari BBP Kota Kinabalu ke lokasi.

Gambar Ihsan Pembaca

“30 anggota keseluruhan yang digerakkan bagi menjalankan operasi pemadaman turut dibantu empat buah Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dari BBP Kota Kinabalu,” katanya.

Menurutnya kejadian melibatkan tiga rumah jenis tidak kekal dengan anggaran keluasan 20X40 kaki persegi bagi dua rumah manakala 20X30 kaki persegi bagi rumah ketiga.

Tambahnya sebuah motosikal milik penduduk turut terbakar dalam kejadian yang bermula jam 9.10 pagi.

“Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba selain menyambungkan hos pemadam di pili bomba berhampiran.

“Api berjaya dipadam jam 9.42 pagi dan tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian ini.

“Punca kerugian keseluruhan juga amsih dalam siasatan dan operasi ditamatkan jam 11 pagi kemudian,” katanya.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *