Shafie Mulakan Lawatan Kerja Tujuh Hari Ke Jepun

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengadakan lawatan kerja selama tujuh hari ke Jepun bermula hari ini.

Rombongan Ketua Menteri itu turut ditemani Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Madius Tangau selaku Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah serta beberapa Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri.

Lawatan kerja ke negara ‘Matahari Terbit’ itu akan dimulakan di Kobe, Nagoya sebelum berakhir di Tokyo pada 5 Disember depan.

Antara intipati program adalah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat besar di Jepun dalam usaha meningkatkan pelaburan ke Sabah.

Untuk rekod, ia merupakan lawatan sulung Mohd Shafie ke Jepun dengan sebelum ini beliau pernah mengadakan misi mencari pelabur di China dan Kalimantan Timur.

Mohd Shafie dan rombongan dijangka tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka pada pagi Jumaat.

Beliau dijangka terus mengadakan pertemuan bersama F Bit Communications, syarikat peneraju sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Jepun yang merancang untuk melabur di POIC, Sabah.

325