Keputusan Mahkamah Rayuan Bertepatan Perjalanan Undang-Undang – Shafie

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman terhadap penolakan samannya dalam mencabar pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah bertepatan dengan perjalanan undang-undang.

Jelas Mohd Shafie, kelewatan keputusan hanya akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

“Hak dan penentuan yang terutama dua perkara kita tahu bahawa mesti ada di antara judiciary, di antara ruler dan juga pihak eksekutif.

“Dan ini jelas bidang kuasa rulers sama ada untuk membubarkan dewan, kedua untuk melantik ketua menteri di mana  sekiranya didapati dalam penentuan pentafsiran, ia bergantung kepada majoriti yang merupakan asas cukup jelas dalam perkara ini,” katanya semasa sidang media di lobi Dewan Rakyat di sini, pada Khamis.

Terdahulu di Mahkamah Rayuan Kota Kinabalu, tetiga-tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Kamardin Hashim, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan bantahan awal responden untuk membatalkan rayuan Musa itu.

Mohd Shafie pula diwakili Peguam Negara Sabah, Datuk Douglas Lind.

Ketika membantah rayuan itu, Douglas mengemukakan surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah, Shafaruddin Halide, menyenaraikan semua ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan gabungan politik mereka dengan majoriti oleh Parti Warisan Sabah pimpinan Mohd Shafie.

Douglas berharap mahkamah tidak mendengar rayuan itu kerana ia tidak mempunyai kesan kepada Shafie sekirannya rayuan itu dibenarkan.

Beliau berhujah bahawa rayuan itu adalah akademik kerana Mohd Shafie mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *