(VIDEO) Pemandu Tersepit, Dua Lori 10 Tan Berlanggar

Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit di bahagian pemandu.

KOTA KINABALU: Seorang pemandu lelaki yang tersepit di bahagian pemandu terselamat dalam kemalangan di Jalan Khidmat Bukit Padang di sini semalam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Laupen Nuar berkata, kejadian jam 10.41 pagi itu membabitkan dua lori 10 tan masing-masing dipandu mangsa berumur 26 dan 61 tahun.

“Pelanggaran menyebabkan salah seorang pemandu tersepit dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas segera melakukan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan kebombaan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki sebelum diberikan rawatan awal,” katanya.

Menurutnya pemandu berumur 61 tahun berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata operasi ditamatkan jam 11.10 pagi.

Utusan Borneo

3546