LAHAD DATU; 26 NOVEMBER 2019 (Selasa) – Dua pemandu lori tiga tan yang tersepit di tempat duduk berjaya dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu selepas lori yang masing-masing dipandu dipercayai bertembung di Batu 8 Jalan Silam Lahad Datu, Petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, kedua-dua mangsa termasuk seorang pemandu yang membawa muatan ikan mengalami kecederaan di kaki dan bahagian dada.
Ketua Operasi BBP Lahad Datu, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Asmori Dahhiarsyah yang dihubungi pemberita RTM berkata,
pihaknya menerima panggilan berhubung kecemasan itu kira-kira pukul 3.08 minit petang.
Sepasukan 10 anggota kemudian bergegas ke lokasi melalui jarak 18 kilometer menggunakan Sebuah jentera, EMRS dan kenderaan utiliti.
Beliau berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati terdapat dua mangsa iaitu kedua-dua pemandu tersepit sebelum berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital Lahad Datu menggunakan Ambulan dan EMRS.
Operasi kemudian ditamatkan pukul 4.05 minit petang.
#BESTAWAUfm