Wanita Warga Filipina Ditahan Edar Syabu Di Semporna

SEMPORNA: Polis menahan seorang wanita warga Filipina kerana dipercayai mengedar dadah jenis syabu dalam Op Tokan, di Kampung Tagasan, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, polis turut menemukan dadah jenis syabu seberat 615.61 gram dianggarkan bernilai RM30,780.

Kenderaan yg dirampas.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Sabarudin Rahmat mengesahkan penangkapan itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Turut dirampas dua pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Ford Ranger, sebuah Proton Saga, sebuah motosikal, dan dua televisyen dianggarkan bernilai RM209,900.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

BorneoToday

4371