7 Warga Indonesia Tanpa Dokumen Cuba Masuk Sabah Ditahan

Antara PATI yang ditahan – Foto Ihsan APM

TAWAU:Zon Maritim Tawau telah berjaya menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Pluto Timur di kawasan perairan Custom Immigration Quarantine ( CIQ ) lama, Tawau, kelmarin, 22 November 2019.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, terdapat seorang juragan dan enam penumpang terdiri daripada lima lelaki dewasa dan dua wanita disyaki warga Indonesia masing-masing berumur antara 13 hingga 51 tahun.

Antara PATI yang ditahan – Foto Ihsan APM

Juragan dan penumpang yang diperiksa gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri pasport yang sah. Pemeriksaan lanjut mendapati nama juragan yang mengemudi bot penumpang adalah tidak sama seperti dalam lesen bot yang dikemukakan kepada pihak Maritim Malaysia.

Kesemua ditahan dan diibawa masuk ke jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (JPDS) kerana dipercayai cuba menyusup keluar dari daerah ini secara tidak sah menuju ke Pulau Sebatik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *