Didakwa Minta Suapan RM20 Ribu, Penolong Jurutera Direman Tujuh Hari

Suspek direman tujuh hari bermula hari ini selepas didakwa meminta suapan bernilai RM20,000 bagi mempercepat tuntutan pembayaran projek sekolah. Gambar Ihsan SPRM

LAHAD DATU: Seorang penolong jurutera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, selepas didakwa meminta suapan bernilai RM20,000 bagi mempercepat tuntutan pembayaran projek sekolah.

Suspek berusia 38 tahun itu ditahan di pejabat tempat dia berkerja, jam 9.45 pagi, semalam.

Hakim Zaini Fishir @ Faisal kemudian menetapkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 27 November depan bagi membantu siasatan.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Mohd Ariff Tumiran. –

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *