5 Termasuk Pengarah Direman Atas Dakwaan Rasuah

Suspek

KOTA KINABALU: Lima penjawat awam termasuk seorang pegawai berpangkat tinggi (pengarah) direman antara lima hingga enam hari bagi membantu siasatan berhubung kesalahan menerima rasuah berjumlah RM700,000 berkaitan persempadanan tanah (land zoning).

Majistret Stephanie Sherron Abbie dan Jessica Ombou Kakayun masing-masing mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap dua suspek yang berumur antara 36 hingga 56 tahun manakala, perintah reman selama lima hari kepada tiga suspek yang berusia antara 40 hingga 60 tahun, berkuat kuasa hari ini.

Perintah reman itu dipohon oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Seksyen 117 Kanan Prosedur Jenayah (CPC) di hadapan dua majistret berasingan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhjaya Pencegahan Rasuah 2009 atas dakwaan menerima wang rasuah berjumlah RM700,000.

Dibawah seksyen itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Tiga suspek diwakili oleh Peguam Hamid Ismail manakala, dua lagi tidak diwakili peguam.

BorneoToday

1893