2 Beranak Mati Dibunuh Kerana Curi Password WiFi Jiran

Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa Pakistan kerana membunuh dua beranak yang didakwa mencuri password WiFi kediamannya. 

Menurut saudara mangsa, dua beranak terbabit sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh daripada suspek selepas mereka bertengkar beberapa kali sejak dua bulan lalu. 

Suspek yang dikenali sebagai Qasim juga didakwa menghantar ugutan kepada anak sulung mangsa. Namun suspek bertindak menghilangkan diri selepas mangsa membuat laporan polis. 

Mangsa pertama, Farooq, merupakan pekerja di sebuah kilang keluli dan anaknya, Haris, masih melanjutkan pengajian di Universiti Karachi.

Tidak beberapa lama selepas kejadian itu, polis berjaya menahan suspek di bandar Shah Latif. Ketika disiasat, Qasim mengaku telah membunuh dua mangsa terbabit. 

Menggunakan perkhidmatan WiFi pengguna lain tanpa keizinan bukan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Tetapi dari segi agama, perbuatan itu tetap salah. 

Namun menurut fatwa moden yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACA), perbuatan itu adalah satu kesalahan dan pelakunya boleh dihukum.

“Tidak dibenarkan orang menggunakan apa yang dimiliki oleh orang lain tanpa bayaran atau kebenaran. Oleh itu, internat harus digunakan hanya selepas seseorang itu melanggan perkhidmatan tersebut.” 

Penduduk di Pakistan majoritinya adalah beragama Islam di mana 96.28 peratus penduduknya beragama Islam.

Sumber: Independent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *