Rogol Anak Kandung Hingga Melahirkan Bayi, Bapa Dipenjara 25 Tahun, 15 Sebatan

Gambar Hiasan

KUDAT: Seorang lelaki berumur 45 tahun dihukum penjara 25 tahun serta 15 kali sebatan rotan, kerana merogol anak kandung perempuannya yang berumur 12 tahun sehingga dia mengandung dan melahirkan anak lelaki hasil daripada perbuatan itu, gagal dalam rayuannya terhadap hukuman itu.

Nurchaya menolak rayuan lelaki terbabit dan mengekalkan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah rendah.

Lelaki itu pada 1 Ogos tahun ini dihukum penjara 25 tahun dan diperintahkan diberikan 15 kali sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas dia mengaku merogol kanak-kanak berkenaan di sebuah rumah di Pitas, Kudat pada November 2017.

Perbuatan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, serta sebatan sekurang-kurangya 10 kali, jika sabit kesalahan.

Lelaki yang tidak diwakili itu memohon hukuman dikurangkan dengan mengatakan ia terlalu lama dan dia merupakan pencari nafkah tunggal untuk anaknya.

Pendakwaan menggesa mahkamah menolak rayuan berkenaan atas dasar ia membabitkan kepentingan awam dan lelaki itu adalah bapa biologi kepada bayi lelaki yang dilahirkan akibat rogol.

Mahkamah turut diberitahu bahawa bayi lelaki terbabit meninggal dunia tiga hari selepas dia dilahirkan pada 1 Julai, tahun lalu akibat komplikasi.

DPP Mohd Khairuddin Idris tampil untuk pendakwaan sebagai responden.

3816