(VIDEO) Gadis Maut Dirempuh Kereta Ketika Bergaduh Dengan Teman Lelakinya Di Tengah Jalan

Seorang wanita maut, sementara teman lelakinhya cedera parah akibat dirempuh kereta ketika pasangan itu sedang bergaduh di tengah jalan raya yang sibuk. 

Menurut laporan Oriental Daily, pasangan itu merupakan pelajar, bergaduh di tengah jalan. Apabila gadis berkenaan cuba memujuk, lelaki itu menyiku dadanya. 

Mangsa yang tidak menyangka diperlakukan seperti itu, terpaksa menahan kesakitan yang tidak terkata. Biarpun begitu, lelaki itu enggan peduli dan terus berdiri menghadap ke depan.

 Tiba-tiba datang sebuah kereta yang dipandu laju merempuh pasangan terbabit menyebabkan si gadis tercampak beberapa meter ke depan dan terus meninggal di lokasi kejadian. 

Sementara itu, teman lelaki mangsa turut mengalami kecederaan. 
Ekoran kejadian itu, lelaki terbabit ditahan kerana membahayakan nyawa sendiri dan melanggar peraturan trafik.

Manakala pemandu kereta itu didakwa memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian mangsa. 


Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu juga didedahkan oleh pihak polis kepada orang awam. 

Sumber: Oriental DailyWorld of Buzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *