Pemandu Patah Kaki Kenderaan Dipandu Bertembung Bas Ekspress Di Ranau

Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan bomba. Gambar SNT/Ihsan Bomba

DUA CEDERA KENDERAAN BERTEMBUNG BAS EKSPRES

RANAU: Dua cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan kenderaan pacuan empat roda di Kampung Kinaratuan, Jalan Ranau – Telupid, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pemandu Isuzu Trooper seorang lelaki berusia 43 tahun parah patah kaki manakala seorang penumpang bas ekspres lelaki berusia 20 tahun cedera dikaki kirinya.

Keadaan kenderaan yang terbabit kemalangan di Kampung Kinaratuan, Ranau.-Gambar SNT/Ihsan Bomba

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba Ridwan Mohd Taib berkata, sebaik menerima panggilan jam 3.40 pagi, sepasukan bomba bergegas ke lokasi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan kenderaan Isuzu Trooper.

“Seorang penumpang bas ekspres yang cedera dikaki kiri dihantar ke Hospital Ranau menggunakan ambulans.

Keadaan kenderaan yang terbabit kemalangan di Kampung Kinaratuan, Ranau.-Gambar SNT/Ihsan Bomba

“Pemandu Isuzu Trooper yang parah patah kaki diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, penumpang bas ekspres yang lain seramai 35 orang selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Seterusnya pasukan bomba menbersihkan tumpuhan minyak akibat daripada kemalangan itu.

“Operasi menyelamat oleh pasukan bomba tamat jam 4.45 pagi,” katanya. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *