36 Penumpang Bas Ekspress Selamat Dalam Kemalangan Di Jalan Ranau – Telupid

Foto Ihsan Pembaca

RANAU; 13 NOVEMBER 2019 (Rabu) – 36 penumpang Bas Express dilaporkan selamat selepas bas dinaiki terlibat kemalangan jalanraya dengan sebuah kenderaan lain di Kampung Muruk, Jalan Ranau-Telupid, awal pagi tadi.

Difahamkan Bas Express berkenaan dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu telah bertembung dengan kenderaan Isuzu Trooper. Bagaimanapun, akibat kemalangan tersebut, seorang penumpang bas terbabit, lelaki berumur 20 tahun mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital menggunakan Ambulan.

Foto Ihsan Pembaca

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan 3.40 pagi sebelum Balai Bomba Penyelamat (BBP) daerah Ranau bergegas ke lokasi kemalangan pada jarak sejauh 10 kilometer menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) diketuai PB Norazly Mohd Nouth bersama 4 anggota.

Menurut Komander Operasi, Pemandu kenderaan Isuzu Trooper terbabit, lelaki berumur 43 tahun mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital menggunakan jentera EMRS. Sementara itu, pemandu bas ekspres difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Foto Ihsan Pembaca

Katanya, kedua-dua mangsa cedera parah dan cedera ringan terbabit telah dikeluarkan olah orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

Pihak Bomba menamatkan operasi pukul 4.45 pagi selepas memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kemalangan.

Foto Ihsan Pembaca

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *