Lelaki Ditemui Tergangtung Pada Kipas Siling

Mayat dibawa ke HQE1 untuk bedah siasat. Gambar SNT/Ihsan IPD KK

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam bilik rumahnya di Taman Sepanggar, di sini semalam.

Mangsa berusia 24 tahun ditemui oleh ahli keluarganya pada jam 6.02 petang lalu menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata ahli keluarga yang menemui mangsa tergantung di dalam bilik bertindak memotong tali yang terikat pada leher mangsa serta membaringkannya di atas katil.

“Mangsa menggantungkan dirinya menggunakan seutas tali yang diikat pada kipas siling. Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Menurut keluarganya, sejak kebelakangan ini mangsa mengalami kemurungan serta tekanan perasaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur perbuatan jenayah dan tiada kesan kecederaan pada badan mangsa.

“Mayat mangsa kemudian di hantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. -SabahNewsToday.

5472